Saya seorang ibu tunggal muda dan mempunyai dua orang anak. Saya dah hampir 3 tahun single.
Walaubagaimanapun, bentuk fizikal saya tidak menunjukkan saya seorang yang sudah berumahtangga dan mempunyai dua orang anak.
Saya selalu ditackle oleh lelaki2 bujang. Namun saya tidak mudah jatuh hati. Saya telah mengalami masalah ini akibat perasaan yang telah lama bersendirian. Saya lebih suka bersama dengan anak-anak saya berbanding ada orang asing yang datang dalam hidup kami.
Saya tidak pernah rasa kesunyian, bagi saya, saya tidak perlukan cinta lelaki buat masa sekarang kerana saya sangat struggle untuk menyara diri dan anak-anak saya. Saya tidak mempunyai banyak masa untuk bercinta.
Saya juga meletakkan syarat yang ketat agar saya tidak terlalu mudah jatuh cinta. Bukan rupa paras yang saya utamakan tetapi hubungan dia dengan Allah. Saya mungkin akan jatuh cinta jika saya bertemu dengan imam muda...
Saya mencari ketenangan hidup dan keredhoaan Allah. Jadi saya sedang belajar untuk memperbaiki hubungan dengan Allah jadi saya mengharapkan Allah menemukan saya dengan insan yang boleh membantu saya dan membawa saya ke syurga. Kerana saya tidak sempurna.
Tetapi saya melihat, zaman sekarang lelaki memilih calon isteri yang baik kerana mereka mahu isteri mereka menasihati mereka jika mereka lalai. Ini sudah terbalik! Sepatutnya mereka yang membimbing wanita atau isteri bukan sebaliknya.
Pengalaman yang lalu mengajar saya bahawa saya tidak mampu mengubah manusia. Bahkan saya yang terjebak bersama2 lelaki itu. Jadi, saya belajar untuk tidak menerima lelaki yang sebegitu lagi.
Saya juga seorang yang sangat tidak suka dengan lelaki terdesak atau lelaki gelojoh. Jika saya kata saya mahu berkawan sahaja saya memang maksudkan nya. Saya tidak suka mendengar kata-kata manis atau rindu dan cinta kerana hati saya belum terbuka untuk menerima. Jika lelaki itu tidak sabar, dia tidak mempedulikan perasaan saya dan tidak mempedulikan apa yang saya tidak suka, saya akan lupakan terus lelaki itu walaupun hanya berkawan. Kerana saya tidak mahu saya dipengaruhi oleh ayat-ayat manis tersebut. Maksud saya berkawan juga atas alasan yang kukuh samada melakukan biznes atau kerja. Jika bercakap selain dari kerja saya akan menolak sepenuhnya.
Ada yang tidak faham, saya kata tidak mahu masih lagi nak tunjuk, nak cakap dan sebagainya. Saya naik menyampah. Bagi saya biarlah perasaan suka itu hadir sendiri. Jadi dari saya berperasaan natural telah bertukar menjadi tidak suka. Oleh itu saya reject dia. Ok bye2.
Itu lah pengajarannya kepada lelaki2 yamg cuba memikat hati saya. Tolong bersabar dan bersopan dengan saya.
No comments:
Post a Comment