Ini adalah kisah benar seorang ibu tunggal.
Si isteri adalah seorang ibu tunggal. Dia telah memohon untuk bercerai secara baik dengan persetujuan bersama setelah setahun berpisah.
Banyak kekeliruan yang berlaku dalam masyarakat. Kita pernah dengar berkenaan isteri nusyuz. Jika keluar rumah tanpa keizinan suami dianggap nusyuz.
Kc tidak mahu membuka pekung sesiapa, tapi kc mahu wanita di luar sana bijak dan sentiasa tahu apa hak kita. Jadi kc paparkaj kisah benar ini agar menjadi panduan dan pedoman untuk semua.
Tahu atau tidak suami juga nusyuz. Bagaimana seorang suami yang nusyuz? Ini saya sendiri bertanyakan kepada pejabat agama supaya kc tidak rasa salah memberikan maklumat yang betul kepada pembaca.
Suami yang nusyuz adalah suami yang tidak bertanggungjawab. Tanggungjawab bukan hanya wang ringgit, makan minum pakaian dan tempat tinggal. Tetapi ia termasuk juga dari segi kasih sayang dan keselamatan.
Ok jika isteri ditinggalkan bersama anak kecil berhari2 tanpa diberitahu suami ke mana, apakah adil bagi seorang isteri? Hidup dalam ketakutan. Takut ada orang pecah rumah, takut ada orang follow. Yang lebih teruknya pernah si suami tidak benarkan si isteri balik ke rumah kerana si suami membawa kawan lelaki ke rumah. Sedangkan si isteri baru balik dari outstation kerja. Tapi si isteri balik juga ke rumah dan tengok suaminya dah keluar. Sisa2 kerja suami dan kawannya bertaburan di rumah dan habis barang2 si isteri digunakan. Dan suami tidak pulang ke rumah berhari2 selepas kejadian itu.
Si isteri pelik dengan si suami yang x balik berhari2 dan menyatakan dia keluar bekerja tetapi segala hutang piutang si suami sendiri tidak berbayar dan masih tertunggak. Komitmen seperti rumah sewa juga tertunggak. Dan si suami juga tidak pernah memberi perbelanjaan pada isteri. Apakah yang dilakukan oleh si suami?
Tetapi seorang isteri yang taat setia tidak pernah bercerita mengadu domba pada keluarga apatah lagi ibu mertua kerana menjaga maruah si suami. Walaupun telah bayak kali si isteri membantu dari segi kewangan, moral dan support tetap si suami tidak nampak dan meliar di luar.
Pernah pergaduhan besar berlaku, sehingga keluarga si suami masuk campur. Mak mertua membuat keputusan untuk keluarga kecil itu. "Anak-anak kau isteri yang kena jaga, itu tanggungjawab kau! Tapi sebab kan kau terpaksa keluar berkerja kau kena hantar pada pengasuh dan kau yang kena tanggung sendiri kos bayaran pada pengasuh!" ya Allah dah la si suami memang tiada pendapatan tetapi mengaku bekerja dan bergaji besar. Tetapi tidak pernah beri pada si isteri. Si isteri terpaksa akur dan meneruskan kehidupan walaupun terpaksa rela kerana sayangkan anak-anaknya.
Pernah si suami sudah berhenti kerja dan duduk saja di rumah. Oleh kerana keadaan kewangan yang semakin meruncing. Si isteri mencadangkan si suami berniaga. Bantu perniagaan on9 si isteri. Dan anak2 hantar seorang sahaja pada pengasuh dan lagi seorang si suami jaga sambil uruskan perniagaan on9 mereka.
Alhamdulillah pada mulanya si suami bersetuju. Si isteri pon dengan rasa gembira telah menyediakan kemudahan WiFi dan laktop agar suami dapat menjalankan serta menguruskan perniagaan on9 mereka. Namun selepas seminggu si suami mula culas. Dan si suami siang tido malam berjaga sehingga ke pagi dengan alasan untuk update iklan2 di facebook dan sebagainya. Order on9 tidak pernah ada! Walaupun begitu kerap update dan membuat kerja2 on9 sehingga ke pagi. Si suami juga kerap memberi alasan tidak dapat melakukan kerja kerana melayan kerenah si anak. Si isteri curiga setelah dicek, diselidik benarlah rasa hati si isteri, si suami tidak jujur. Selain dari upate iklan dan produk on9, dia telah bermain cinta dengan beberapa wanita termasuk isteri orang di lama sosial. Hancur hati si isteri kerana peluang, pengorbanan dan kepercayaan si isteri untuk menyelamatkan rumah tangga dan kewangan disia2kan begitu sahaja.
Si isteri mulai berang dan tidak percaya pada suami. Akhirnya si isteri minta dilepaskan. Kerana tidak sanggup lagi berkeadaan begitu. Namun, si suami tidak mahu melepaskan. Keadaan berlarutan sehingga si suami berkata sekiranya dia tidak dapat apa2 kerja dan tidak berjaya di kuala lumpur dia akan pulang ke kampung dan membawa bersama anak sulung mereka. Si isteri merasa terkejut dengan keputusan itu. Si isteri redho si suami berpindah ke kampung tetapi tidak sanggup berpisah dengan anak sulung nya. Berlaku pertelingkahan sekali lagi dan akhirnya si suami meninggalkan si isteri bersama anak kedua mereka yang masih kecil dan membawa bersama anak sulung ke kampung.
Akibat daripada itu si isteri setiap dua minggu balik ke kampung kerana merindui anak sulungnya. Sememangnya perasaan si isteri merasa tidak adil baginya dan merasa amat tertekan. Segala ujian yang berlaku telah mengganggu kerja hakiki si isteri sehingga dipanggil oleh bos. Tidak lama selepas itu, si isteri mula mohon untuk pulang ke kampung berikutan ada kekosongan jawatan di kampung. Bos si isteri seorang yang amat memahami telah bersetuju dan menyokong perpindahan si isteri kerana mengikut suami.
Malangnya, selepas berpindah ke kampung pelbagai dugaan lebih berat ditanggung si isteri. Si suami tidak mampu menyewa rumah maka si isteri telah tinggal di rumah ibubapanya bersama anak kedua dan si suami tinggal di rumah ibunya bersama anak sulung. Setelah dua bulan, si isteri dihalau oleh keluarga kerana mereka menyangkan masih ada suami tetapi tidak di sisi suami. Akhirnya si suami menyewa rumah dan tinggallah mereka bersama semula untuk mulakan hidup baru. Walaupun anak sulung tinggal bersama ibu mertua si isteri. Malangnya cuma si isteri yang berfikiran begitu. Suami tidak pulang ke rumah walaupun tempat kerja cuma 5 minit dari rumah. Pernah si isteri rindukan anak sulungnya tido di rumah mertua selepas pulang dari kerja kerana suaminya tidak pulang ke rumah. Dan pernah juga, si suami tido di rumah ibunya dan tidak pulang ke rumah tanpa memberitahu si isteri. Si isteri kebingungan lalu pergi ke rumah mertuanya dan bertanya kenapa. Kejadian2 ini berlanjutan sehingga beberapa bulan. Mereka pernah bergaduh dan si suami bertindak ganas hampir memukul si isteri dan menumbuk pintu sehingga pecah.
Sehinggalah si isteri tidak tahan lagi dengan si suami yang telah berhenti kerja dan meminjam2 dengan kenalan2 si isteri. Akhirnya si isteri telah keluar dari rumah sewa mereka kerana takut dikejar along dan orang yang meminta hutang serta keadaan si suami yang tidak betul lagi fikirannya. Si isteri akhirnya pulang ke rumah ibubapa si isteri dengan membawa kedua2 ank mereka. Si suami telah mengamok di hadapan pintu rumah ibu bapa si isteri sehingga polis datang untuk menenangkan keadaan. Si isteri telah membuat report polis ditemani ayah dan abang si isteri.
Selepas kejadian itu si suami telah menghilangkan diri dan si isteri meneruskan hidup seperti biasa. Si suami menakut2kan isteri dan meminta sejumlah wang rm30 ribu jika mahu dilepaskan. Akhirnya kuasa Allah itu maha besar. Setelah si isteri mengamalkan mandian garam assyifa' dari jenama garam aura. X semena2 dengan kuasa Allah telah menunjukkan si suami telah pon mempunyai pengganti. Oleh itu si isteri telah meminta untuk dilepaskan dengan cara baik kerana si suami telah ada pengganti. Alhamdulillah perceraian berlaku dengan amat mudah sekali selepas setahun berpisah. Tiada perbicaraan dilakukan. Tetapi anak2 dibahagikan seminggu2. Seminggu si isteri jaga dan seminggu ibu mertua jaga. Selepas ank sulung mereka masuk tadika, si isteri hanya dapat berjumpa si anak cuma pada hujung minggu dan cuti sekolah. Tetapi si adik bergilir2 seminggu2.
Berkenaan anak-anak langsung suami tidak ambik kisah. Yang ambik kisah ibu mertua. Ya tetapi si isteri terpaksa berkorban kasih berpisah dengan anak2nya. Selama setahun perceraian si isteri tidak menuntut apa2 hak sebagai persetujun ntk dilepaskan. Tetapi hak dan nafkah anak2 tetap dituntut. Namun si suami berkata dia tidak akan memberi cash money pada isteri tetapi akan memberikan dalam bentuk barang. Sehingga hari ini tiada satu sen pon nafkah anak2 yg diberi semasa anak2 duduk bersama si isteri dan tiada juga dalam bentuk barang2an. Semua si isteri yang mengeluarkan belanja.
Si bekas suami menuntut begini jika sekiranya si bekas isteri menuntut. "Kau kata nak bekerja sebab nak cari nafkah anak jadi kau kerja untuk anak2. Maka kau tanggunglah sendiri nafkah anak2" ya Allah begitu diputarbelit kenyataan oleh lelaki yang tidak tahu malu dan takutkan Allah ini. Si bekas isteri hanya diam dan serahkan segalanya pada Allah.
Hidup di dalam satu kawasan menyebabkan banyak yang berlaku telah diketahui orang sekeliling tanpa perlu si bekas isteri bercerita. Allah maha adil. Dan Dia telah tetapkan sesuatu.
Si bekas isteri hanya mampu berdoa semoga Allah limpahruahkan rezekinya dan kayarayakan dia agar dapat menjaga semula kedua2 orang anaknya...
Kisah ini akan bersambung di entry yang lain...terima kasih kerana sudi membaca...
No comments:
Post a Comment