Gelap pekat malam ini,
Tenang, tanpa bunyi unggas2.
Kurasa ketenangan...setiap kali.
Hampir setiap hari, di sini.
Tiada yang tahu...bersendirian.
Hanya malaikat yang ada.
Semat di dada, dan doa tidak luput,
Sentiasa di mulut...
Malam ini, hujan. Rintik2 kesejukan menyiram bumi ini...
Bumi yang penuh punca rezeki.
Bagi mereka yang memerlukan...redah redho dan terima seadanya.
Sesetengah manusia, tidak pernah merasa,
Sesetengah mereka setiap hari terpaksa,
Buat kerja lelaki, apakah tidak berdaya, tidak boleh kerana seorang wanita?
Wanita tak lemah. Wanita berjaya, wanita independent. Kerana tahu, yang halal itu sukar, pahit, terpaksa.
Namun, yakin dengan janji Allah. Yang berusaha pasti mendapat habuan. Besar usaha, besar habuan. Kecil usaha, kecillah habuan.
Di bumi ini, masih bersiram. Pancar memancar cahaya putih di langit sana. Tempat luas terbentang indah di malam pekat. Masih ramai kesini sana menjemput rezeki halal. Entah pukul berapa mahu berehat dengan seteguk teh dan sedikit pelapik perut.
Sedari pagi, berbekal rm12 menuju ke kota rezeki. Sanggup lelah dan letih. Namun, kerana amat memerlukan, kerana aku seorang ibu, kerna aku ada amanah yang dipikul. Itu lah sebab utama, besar nya alasan kenapa aku di sini!
Syukur Allah, Engkau mendengar rintihanku. Tidak aku menangis jika bukan kepadaMu. Tidak sedikit keperitan ini, jerih perih ini membuatku sendu dan rapuh. Kekuatan dari dua permata hati, dua orang tuaku...sentiasa bersama. Alhamdulillah...tq Allah dengan semangat anugerahMu.
No comments:
Post a Comment