Thursday 15 December 2016

LOVE SCAM BY ORANG MELAYU

Pada satu masa dahulu kini, Kc asalnya pekerja pejabat macam u olls juga...keluar pagi balik malam x jumpa matahari, duk dalam aircond je...

Lepas tu kc berjinak2 dalam biz on9. Tahun tu biz on9 kencang...sebab x ramai orang buat. Belum tepu. Bertahun2 biz on9 kampung2 je wpun duk kay elle. Off9 pon buat...income rm20k sebulan biasa. Yelah xde kedai nak sewa, staff pon xde. Tp berbaloi lah keje pej, buz on9 lagi, anak2 lagi, rumah tangga lagi (masa tula) sekarang rumah xde tangga. Hehe adam addin kecik2 lagi time tu, kc masih buat puri makanan baby sendiri ye x beli. Blend la buah2 tu campo2. Haa x tido malam kau, tengok hp 24jam. Layan anak2 lagi. X perlu lah citer detail. Nanti jadi telenovela pulaks...kc x nanges dah, hati kering kini. Korang le berair mata nanti plus keluar air hidung 😝😝😝

Pastu kc pindah ipoh..ada la sebabnya..paksarela gitu..oh at last tipah tertipu bang, tipah tertipu...xpe lah dah Allah nak bagi ujian sebelum berjaya kan. Akhirnya akur lah buka pulak kiosk dalam mydin mall. Cuba2 je. Tp Alhamdulillah...boleh la dapat rm10k sebulan dalam kiosk tu campo pulak on9 lain...

Tapi3...ui dugaan lebih berat. Ramai yang x suka dan fitnah macam2. Allah pon dah temukan dengan penfitnah tu. X pe lah..kc maafkan je. Makin lama on9 dah kurang. Makin lama kc makin sibuk dgn urusan peribadi. Biz terabai. Makin lama sale susut nilai. Rm pon susut nilai. So kc keluar dari mydin dan buat di rumah.

Haa part ni lagi disaster, permulaan kejatuhan. Jangan korang rasa biz ni mudah sangat ye...tapi bertahan lah selagi boleh. Masa ni lah ada sorang mamat mengofer diri nak jadi angel! Kc pon percaya lah sebab nya dia ni dok buat program bagi gelandangan makan, bagi anak2 yatim makan dan bantu ibu tunggal! Mentang2 sis single mother. Dia nak bantu konon. Tup2 oh mamat ni pon songlap duit...jatuh ditimpa tangga lah kc. Habis lah impian dan harapan. Padan muka diri sendiri sebab pi percaya kat orang. Macam love scam la...yang perkara2 baik tu sampingan bagi nampak cantik jalan cerita nak mengikis kan. Xpe2 Allah ada...Allah maha besar.

Bukan songlap duit je malah bagi ajaran sesat. Cfu lah konon, mentor lah konon...suh kc buat itu ini konon penasihat 25%. Kc pon hikot la cakap mamat ni. Akhirnya bila dah buka bila dah ada, mamat ni ghaib. Entah hidup entah mati. Ghaib la..mungkin ambik mukjizat kot. Kan banyak bantu gelandangan. 🙊 masa nilah kc buka dalam mall semula sebab yang dirumah tu x berjalan. Atas nasihat mamat tu, kc buka di billion n mydin. Masalah staff di mydin jadikan kc seteresss...dgn sale yang ala2 je kan. Saving pon dah ala2. Berhabis kat deco beauty booteeq and deposit2 masuk mall. Korang ingat mudah ye..bukan mudah nak berjaya ye.

Lepas beberapa bulan mamat penipu tu macam chips more. Akhirnya dia hilang 100% mungkin sebab dah x boleh nak kikis kc lagi. Kc cakap i dah xde apa dah...nak survive 100% kat biz. Ok xpe lah faham lah kan lelaki camtu mmg bahaya n scarry. Luar je nampak smart. Dalam penuh muslihat. Hati2 uolls. Terutama orang ipoh. ☺😉😒

Ok seterusnya...sampai lah sekarang. Kc pon tutup yang di mydin. Kerugian? Offcoz la ada. Tp kc ni jenis brutal sikit. Rugi biasa dah dalam biz. Cuma lepas ni xnak ulang la..tinggal satu yang di billion ni dan kc upgrade dia...bermula bulan 1 ni macam2 service menarik dan ramai mintak akan berjalan. Banting pon dah buat...so kita moved on. Dan Alhamdulillah rezeki dari Allah. Peluang untuk jadi trainer in beauty ntk student skm tidak akan dilepaskan sama sekali. Kc dah naik 1 level lagi jadi trainer bertauliah. Tq Allah...ini lah yang dikatakan rezeki ank2...niat kena betul kerana Allah. Mana yang x faham tu bia' pi dia lah. Mana yang nak kecam tu silakan lah...

Kc cerita ni ntk inspirasi kpd anda dan bukan senang nak senang. Untuk tahun 2017 lebih mencabar jadi get ready ye...upgrade3! Wallahualam...

Tq yang sudi baca sampai habis. Yang baca habis dan terinspirasi please komen i.

No comments:

Post a Comment