Thursday 15 December 2016

Ketabahan seorang ibu tunggal

Ini adalah kisah benar seorang ibu tunggal.

Si isteri adalah seorang ibu tunggal. Dia telah memohon untuk bercerai secara baik dengan persetujuan bersama setelah setahun berpisah.

Banyak kekeliruan yang berlaku dalam masyarakat. Kita pernah dengar berkenaan isteri nusyuz. Jika keluar rumah tanpa keizinan suami dianggap nusyuz.

Kc tidak mahu membuka pekung sesiapa,  tapi kc mahu wanita di luar sana bijak dan sentiasa tahu apa hak kita. Jadi kc paparkaj kisah benar ini agar menjadi panduan dan pedoman untuk semua.

Tahu atau tidak suami juga nusyuz. Bagaimana seorang suami yang nusyuz? Ini saya sendiri bertanyakan kepada pejabat agama supaya kc tidak rasa salah memberikan maklumat yang betul kepada pembaca.

Suami yang nusyuz adalah suami yang tidak bertanggungjawab. Tanggungjawab bukan hanya wang ringgit, makan minum pakaian dan tempat tinggal.  Tetapi ia termasuk juga dari segi kasih sayang dan  keselamatan.

Ok jika isteri ditinggalkan bersama anak kecil berhari2 tanpa diberitahu suami ke mana, apakah adil bagi seorang isteri? Hidup dalam ketakutan. Takut ada orang pecah rumah,  takut ada orang follow. Yang lebih teruknya pernah si suami tidak benarkan si isteri balik ke rumah kerana si suami membawa kawan lelaki ke rumah. Sedangkan si isteri baru balik dari outstation kerja. Tapi si isteri balik juga ke rumah dan tengok suaminya dah keluar. Sisa2 kerja suami dan kawannya bertaburan di rumah dan habis barang2 si isteri digunakan. Dan suami tidak pulang ke rumah berhari2 selepas kejadian itu.

Si isteri pelik dengan si suami yang x balik berhari2 dan menyatakan dia keluar bekerja tetapi segala hutang piutang si suami sendiri tidak berbayar dan masih tertunggak. Komitmen seperti rumah sewa juga tertunggak. Dan si suami juga tidak pernah memberi perbelanjaan pada isteri. Apakah yang dilakukan oleh si suami?

Tetapi seorang isteri yang taat setia tidak pernah bercerita mengadu domba pada keluarga apatah lagi ibu mertua kerana menjaga maruah si suami. Walaupun telah bayak kali si isteri membantu dari segi kewangan, moral dan support tetap si suami tidak nampak dan meliar di luar.

Pernah pergaduhan besar berlaku, sehingga keluarga si suami masuk campur. Mak mertua membuat keputusan untuk keluarga kecil itu. "Anak-anak kau isteri yang kena jaga, itu tanggungjawab kau!  Tapi sebab kan kau  terpaksa keluar berkerja kau kena hantar pada pengasuh dan kau yang kena tanggung sendiri kos bayaran pada pengasuh!" ya Allah dah la si suami memang tiada pendapatan tetapi mengaku bekerja dan bergaji besar. Tetapi tidak pernah beri pada si isteri. Si isteri terpaksa akur dan meneruskan kehidupan walaupun terpaksa rela kerana sayangkan anak-anaknya.

Pernah si suami sudah berhenti kerja dan duduk saja di rumah. Oleh kerana keadaan kewangan yang semakin meruncing. Si isteri mencadangkan si suami berniaga. Bantu perniagaan on9 si isteri. Dan anak2 hantar seorang sahaja pada pengasuh dan lagi seorang si suami jaga sambil uruskan perniagaan on9 mereka.

Alhamdulillah pada mulanya si suami bersetuju. Si isteri pon dengan rasa gembira telah menyediakan kemudahan WiFi dan laktop agar suami dapat menjalankan serta menguruskan perniagaan on9 mereka. Namun selepas seminggu si suami mula culas. Dan si suami siang tido malam berjaga sehingga ke pagi dengan alasan untuk update iklan2 di facebook dan sebagainya. Order on9 tidak pernah ada! Walaupun begitu kerap update dan membuat kerja2 on9 sehingga ke pagi. Si suami juga kerap memberi alasan tidak dapat melakukan kerja kerana melayan kerenah si anak. Si isteri curiga setelah dicek, diselidik benarlah rasa hati si isteri, si suami tidak jujur. Selain dari upate iklan dan produk on9, dia telah bermain cinta dengan beberapa wanita termasuk isteri orang di lama sosial. Hancur hati si isteri kerana peluang, pengorbanan dan kepercayaan si isteri untuk menyelamatkan rumah tangga dan kewangan disia2kan begitu sahaja.

Si isteri mulai berang dan tidak percaya pada suami. Akhirnya si isteri minta dilepaskan. Kerana tidak sanggup lagi berkeadaan begitu. Namun, si suami tidak mahu melepaskan. Keadaan berlarutan sehingga si suami berkata sekiranya dia tidak dapat apa2 kerja dan tidak berjaya di kuala lumpur dia akan pulang ke kampung dan membawa bersama anak sulung mereka. Si isteri merasa terkejut dengan keputusan itu. Si isteri redho si suami berpindah ke kampung tetapi tidak sanggup berpisah dengan anak sulung nya. Berlaku pertelingkahan sekali lagi dan akhirnya si suami meninggalkan si isteri bersama anak kedua mereka yang masih kecil dan membawa bersama anak sulung ke kampung.

Akibat daripada itu si isteri setiap dua minggu balik ke kampung kerana merindui anak sulungnya. Sememangnya perasaan si isteri merasa tidak adil baginya dan merasa amat tertekan. Segala ujian yang berlaku telah mengganggu kerja hakiki si isteri sehingga dipanggil oleh bos. Tidak lama selepas itu, si isteri mula mohon untuk pulang ke kampung berikutan ada kekosongan jawatan di kampung. Bos si isteri seorang yang amat memahami telah bersetuju dan menyokong perpindahan si isteri kerana mengikut suami.

Malangnya, selepas berpindah ke kampung pelbagai dugaan lebih berat ditanggung si isteri. Si suami tidak mampu menyewa rumah maka si isteri telah tinggal di rumah ibubapanya bersama anak kedua dan si suami tinggal di rumah ibunya bersama anak sulung. Setelah dua bulan, si isteri dihalau oleh keluarga kerana mereka menyangkan masih ada suami tetapi tidak di sisi suami. Akhirnya si suami menyewa rumah dan tinggallah mereka bersama semula untuk mulakan hidup baru. Walaupun anak sulung tinggal bersama ibu mertua si isteri. Malangnya cuma si isteri yang berfikiran begitu. Suami tidak pulang ke rumah walaupun tempat kerja cuma 5 minit dari rumah. Pernah si isteri rindukan anak sulungnya tido di rumah mertua selepas pulang dari kerja kerana suaminya tidak pulang ke rumah. Dan pernah juga,  si suami tido di rumah ibunya dan tidak pulang ke rumah tanpa memberitahu si isteri. Si isteri kebingungan lalu pergi ke rumah mertuanya dan bertanya kenapa. Kejadian2 ini berlanjutan sehingga beberapa bulan. Mereka pernah bergaduh dan si suami bertindak ganas hampir memukul si isteri dan menumbuk pintu sehingga pecah.

Sehinggalah si isteri tidak tahan lagi dengan si suami yang telah berhenti kerja dan meminjam2 dengan kenalan2 si isteri. Akhirnya si isteri telah keluar dari rumah sewa mereka kerana takut dikejar along dan orang yang meminta hutang serta keadaan si suami yang tidak betul lagi fikirannya. Si isteri akhirnya pulang ke rumah ibubapa si isteri dengan membawa kedua2 ank mereka. Si suami telah mengamok di hadapan pintu rumah ibu bapa si isteri sehingga polis datang untuk menenangkan keadaan. Si isteri telah membuat report polis ditemani ayah dan abang si isteri.

Selepas kejadian itu si suami telah menghilangkan diri dan si isteri meneruskan hidup seperti biasa. Si suami menakut2kan isteri dan meminta sejumlah wang rm30 ribu jika mahu dilepaskan. Akhirnya kuasa Allah itu maha besar. Setelah si isteri mengamalkan mandian garam assyifa' dari jenama garam aura. X semena2 dengan kuasa Allah telah menunjukkan si suami telah pon mempunyai pengganti. Oleh itu si isteri telah meminta untuk dilepaskan dengan cara baik kerana si suami telah ada pengganti. Alhamdulillah perceraian berlaku dengan amat mudah sekali selepas setahun berpisah. Tiada perbicaraan dilakukan. Tetapi anak2 dibahagikan seminggu2. Seminggu si isteri jaga dan seminggu ibu mertua jaga. Selepas ank sulung mereka masuk tadika,  si isteri hanya dapat berjumpa si anak cuma pada hujung minggu dan cuti sekolah. Tetapi si adik bergilir2 seminggu2.

Berkenaan anak-anak langsung suami tidak ambik kisah. Yang ambik kisah ibu mertua. Ya tetapi si isteri terpaksa berkorban kasih berpisah dengan anak2nya. Selama setahun perceraian si isteri tidak menuntut apa2 hak sebagai persetujun ntk dilepaskan. Tetapi hak dan nafkah anak2 tetap dituntut. Namun si suami berkata dia tidak akan memberi cash money pada isteri tetapi akan memberikan dalam bentuk barang. Sehingga hari ini tiada satu sen pon nafkah anak2 yg diberi semasa anak2 duduk bersama si isteri dan tiada juga dalam bentuk barang2an. Semua si isteri yang mengeluarkan belanja.

Si bekas suami menuntut begini jika sekiranya si bekas isteri menuntut. "Kau kata nak bekerja sebab nak cari nafkah anak jadi kau kerja untuk anak2. Maka kau tanggunglah sendiri nafkah anak2" ya Allah begitu diputarbelit kenyataan oleh lelaki yang tidak tahu malu dan takutkan Allah ini. Si bekas isteri hanya diam dan serahkan segalanya pada Allah.

Hidup di dalam satu kawasan menyebabkan banyak yang berlaku telah diketahui orang sekeliling tanpa perlu si bekas isteri bercerita. Allah maha adil. Dan Dia telah tetapkan sesuatu.

Si bekas isteri hanya mampu berdoa semoga Allah limpahruahkan rezekinya dan kayarayakan dia agar dapat menjaga semula kedua2 orang anaknya...

Kisah ini akan bersambung di entry yang lain...terima kasih kerana sudi membaca...

LOVE SCAM BY ORANG MELAYU

Pada satu masa dahulu kini, Kc asalnya pekerja pejabat macam u olls juga...keluar pagi balik malam x jumpa matahari, duk dalam aircond je...

Lepas tu kc berjinak2 dalam biz on9. Tahun tu biz on9 kencang...sebab x ramai orang buat. Belum tepu. Bertahun2 biz on9 kampung2 je wpun duk kay elle. Off9 pon buat...income rm20k sebulan biasa. Yelah xde kedai nak sewa, staff pon xde. Tp berbaloi lah keje pej, buz on9 lagi, anak2 lagi, rumah tangga lagi (masa tula) sekarang rumah xde tangga. Hehe adam addin kecik2 lagi time tu, kc masih buat puri makanan baby sendiri ye x beli. Blend la buah2 tu campo2. Haa x tido malam kau, tengok hp 24jam. Layan anak2 lagi. X perlu lah citer detail. Nanti jadi telenovela pulaks...kc x nanges dah, hati kering kini. Korang le berair mata nanti plus keluar air hidung 😝😝😝

Pastu kc pindah ipoh..ada la sebabnya..paksarela gitu..oh at last tipah tertipu bang, tipah tertipu...xpe lah dah Allah nak bagi ujian sebelum berjaya kan. Akhirnya akur lah buka pulak kiosk dalam mydin mall. Cuba2 je. Tp Alhamdulillah...boleh la dapat rm10k sebulan dalam kiosk tu campo pulak on9 lain...

Tapi3...ui dugaan lebih berat. Ramai yang x suka dan fitnah macam2. Allah pon dah temukan dengan penfitnah tu. X pe lah..kc maafkan je. Makin lama on9 dah kurang. Makin lama kc makin sibuk dgn urusan peribadi. Biz terabai. Makin lama sale susut nilai. Rm pon susut nilai. So kc keluar dari mydin dan buat di rumah.

Haa part ni lagi disaster, permulaan kejatuhan. Jangan korang rasa biz ni mudah sangat ye...tapi bertahan lah selagi boleh. Masa ni lah ada sorang mamat mengofer diri nak jadi angel! Kc pon percaya lah sebab nya dia ni dok buat program bagi gelandangan makan, bagi anak2 yatim makan dan bantu ibu tunggal! Mentang2 sis single mother. Dia nak bantu konon. Tup2 oh mamat ni pon songlap duit...jatuh ditimpa tangga lah kc. Habis lah impian dan harapan. Padan muka diri sendiri sebab pi percaya kat orang. Macam love scam la...yang perkara2 baik tu sampingan bagi nampak cantik jalan cerita nak mengikis kan. Xpe2 Allah ada...Allah maha besar.

Bukan songlap duit je malah bagi ajaran sesat. Cfu lah konon, mentor lah konon...suh kc buat itu ini konon penasihat 25%. Kc pon hikot la cakap mamat ni. Akhirnya bila dah buka bila dah ada, mamat ni ghaib. Entah hidup entah mati. Ghaib la..mungkin ambik mukjizat kot. Kan banyak bantu gelandangan. 🙊 masa nilah kc buka dalam mall semula sebab yang dirumah tu x berjalan. Atas nasihat mamat tu, kc buka di billion n mydin. Masalah staff di mydin jadikan kc seteresss...dgn sale yang ala2 je kan. Saving pon dah ala2. Berhabis kat deco beauty booteeq and deposit2 masuk mall. Korang ingat mudah ye..bukan mudah nak berjaya ye.

Lepas beberapa bulan mamat penipu tu macam chips more. Akhirnya dia hilang 100% mungkin sebab dah x boleh nak kikis kc lagi. Kc cakap i dah xde apa dah...nak survive 100% kat biz. Ok xpe lah faham lah kan lelaki camtu mmg bahaya n scarry. Luar je nampak smart. Dalam penuh muslihat. Hati2 uolls. Terutama orang ipoh. ☺😉😒

Ok seterusnya...sampai lah sekarang. Kc pon tutup yang di mydin. Kerugian? Offcoz la ada. Tp kc ni jenis brutal sikit. Rugi biasa dah dalam biz. Cuma lepas ni xnak ulang la..tinggal satu yang di billion ni dan kc upgrade dia...bermula bulan 1 ni macam2 service menarik dan ramai mintak akan berjalan. Banting pon dah buat...so kita moved on. Dan Alhamdulillah rezeki dari Allah. Peluang untuk jadi trainer in beauty ntk student skm tidak akan dilepaskan sama sekali. Kc dah naik 1 level lagi jadi trainer bertauliah. Tq Allah...ini lah yang dikatakan rezeki ank2...niat kena betul kerana Allah. Mana yang x faham tu bia' pi dia lah. Mana yang nak kecam tu silakan lah...

Kc cerita ni ntk inspirasi kpd anda dan bukan senang nak senang. Untuk tahun 2017 lebih mencabar jadi get ready ye...upgrade3! Wallahualam...

Tq yang sudi baca sampai habis. Yang baca habis dan terinspirasi please komen i.

PANORAMA IBU KOTA DISULUH CAHAYA PURNAMA

Meruntun hati ini!

Ini rupa sebenar pabila malam minggu menjelma. Jangan dilihat yang di sekeliling bangunan pencakar langit tapi lihat di sisi gelap jalan chow kit dan kotaraya...lain pula ceritera di bukit Bintang, jalan nagasari...

Oh baru terlihat, sesi mengagih makanan kpd para gelandangan. Ada yang berkeluarga, ada wanita, kanak2, bayi dan org2 tua...membawa kereta sorong bayi yang telah lusuh dan kehitaman disamping mereka.

Dan terlihat juga sekumpulan anak2 muda lingkungan umur 12 tahun hingga 16 tahun...menapak ke satu destinasi yg tidak pasti. Melintas d hadapan mata ini dalam keadaan mabuk! Berpakaian ala2 punk moden. Berpelukan lelaki perempuan. Dalam hati ini,  anak2 siapakah ini?

Wahhh bunga api pula kelihatan, meriahnya! Di dataran merdeka ada event, titiwangsa, matic juga ada. Di sini sana penuh dengan warna, penuh dengan aktiviti memperkenalkan budaya melalui tarian asli.

Manakala di laluan2 panas, siangnya sunyi sepi,  berubah wajah di malam minggu...berpesta hingga pagi buta,  botol bergelimpangan, kekasih tua muda bukan setakat berpegangan tangan...(macam lirik lagu je) pinjam lirik malique. Tapi di sini cuma yang ada warga pendatang yang diizinkan...berhibur setelah penat bekerja di dalam cuaca Malaysia yang panas. Mungkin!

Emmm ini lah dia...semakin moden kita, semakin hilang identiti. Semakin memperkenalkan identiti Melayu pada dunia semakin pula monyet di hutan disusukan, anak di rumah mati x makan.

Apa boleh buat...kita buat uber saje la melihat gelagat warga kota...Selamat malam semua...tido dulu...penat, sedih, ketawa, sayu....

Sunday 11 December 2016

Ms Owl


I'm Ms Owl. Founder Beauty Booteeq, Butik SPA vendor, pakar kecantikan, pulih aura diri, MFS & MFR.

Tel / sms / WA / Telegram : +6013-500 0966

Promosi Disember


Beauty Booteeq Malaysia


Jemput datang ke Beauty Booteeq Malaysia di Billion Mart (Jelapang) Silibin, Ipoh...

Kami ada perkhidmatan,

1) makeup
2) MFS (Mobile Facial Service) antiaging facial treatment
3) foot relaxing
4) hand spa
5) henna
6) urut

Bermula January 2017, perkhidmatan tambahan akan ada di Beauty Booteeq ialah;

1) makeup biasa, dinner, party, tunang, nikah dan sanding / bertandang
2) facial - MFS, Normal facial, removed black n white head facial.
3) foot relaxing and foot steam
4) hand spa and foot spa
5) manicure dan pedicure
6) henna

Untuk sebarang pertanyaan boleh hub 013.5000.966